• Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Veterinar

Jenguk-Jenguk Kandang

           LATARBELAKANG PROGRAM/PROJEK

Program Jenguk-Jenguk Kandang adalah satu program pengembangan veterinar yang merangkumi aspek teknikal dan pengurusan ternakan. Program ini biasanya diadakan dikawasan kandang penternak yang  melibatkan semua komiditi ternakan iaitu kambing tenusu, kambing pedaging, lembu pedaging, lembu tenusu dan unggas. Fokus utama program ini merupakan salah satu kaedah pengembangan yang lebih berkesan. Program ini adalah dari cetusan idea Pengarah JPV Terengganu iaitu Dr. Mohd Termizi bin Ghazali.

          OBJEKTIF PROGRAM JJK

  •  Sebagai satu kaedah penyampaian maklumat terus kepada penternak daripada pakar-pakar dalam bidang veterinar.
  • Sebagai satu medan mengeratkan hubungan silaturahim / kerjasama antara penternak dan pegawai di jabatan.
  • Sebagai satu cara memahami / menghampiri penternak dengan lebih dekat tentang keperluan dan  pengurusan  ternakan.
  • Sebagai salah satu cara untuk meningkatkan kefahaman di kalangan kakitangan teknikal jabatan.

                      OUTPUT PROGRAM JJK

i.      Isu semasa @ masalah @ pemasalahan yang di hadapi oleh penternak dapat di atasi @ diambil berat / keprihatinan oleh pihak jabatan.

ii.     Kemesraan @ hubungan silaturahim makin utuh terjalin di antara pihak jabatan dan penternak.

iii.    Kerjasama dan kefahaman di antara golongan pakar veterinary, kakitangan jabatan dan penternak dapat diwujudkan.

iv.   Perkhidmatan yang lebih berkesan dan dapat dipertingkatkan disamping kos yang rendah.

v.    Kajian-kajian yang lebih praktikal dapat dilakukan oleh pegawai penyelidik dan peningkatan ilmu di kalangan kakitangan jabatan. 

vi.   Dapat meningkatkan tahap kesedaran penternak mengenai prosedur-prosedur penternakan yang perlu di ikuti.    

   

You must have the Adobe Flash Player installed to view this player.