• Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Veterinar

Piagam Pelanggan

Ditulis pada .

PIAGAM PELANGGAN JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR

JPV sebagai Jabatan yang bertanggungjawab terhadap perkembangan industri ternakan dan haiwan, dengan ini memberi pengakuan untuk:

  • Memberi khidmat veterinar terbaik serta efisyen terhadap semua jenis haiwan. Kes-kes veterinar akan dikendalikan dalam masa (2) jam selepas menerima permintaan.
  • Memproses dan menyiapkan permit pergerakan ternakan dalam masa satu (1) jam selepas menerima permohonan dokumen yang lengkap.
  • Memberi khidmat nasihat, kepakaran dan teknikal serta-merta sebaik sahaja permohonan dibuat dan langkah susulan dalam masa empat belas  (14) hari kemudian.
  • Memastikan perkembangan dalam industri ternakan untuk memberi peluang terbaik kepada penternak-penternak dan pelanggan industri ternakan.
  • Memastikan kebajikan semua jenis haiwan terpelihara dari sebarang kezaliman.

PIAGAM PELANGGAN PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH

  • Kami berazam untuk melayan anda untuk apa jua perkhidmatan di Pejabat dalam tempoh setengah jam dan untuk perkhidmatan luar, layanan akan diberikan pada hari yang sama atau berikutnya bergantung kepada kepentingan kes.
  • Semua temujanji program perkembangan veterinar akan mengikut jadual.