Pengenalan

Ditulis pada .

PENGENALAN

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu atau singkatannya JPVNT merupakan sebuah agensi kerajaan Negeri yang menyediakan perkhidmatan dalam bidang penternakan, bagi menjamin kesihatan serta kesejahteraan ternakan dan hasil pengeluarannya suci, bersih dan selamat untuk dimakan. Jabatan ini juga mneyediakan perkhidmatan bimbingan kepada para penternak ke arah teknologi penternakan yang lebih sistematik secara komersial. Bagi mengoptimumkan penggunaan hasil keluaran ternakan, Khidmat Nasihat, Kawalan Penyakit Ternakan dan lain-lain perkhidmatan.

SEJARAH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR

Perkhidmatan Veterinar di Negeri Terengganu telah bermula sebelum Perang Dunia Kedua. Mr.W.Orr Pegawai Veterinar dari Perak telah membuat lawatan dan Penilaian terhadap ternakan di Daerah Besut pada Julai 1983. Pada ketika itu,Jabatan Veterinar adalah dibawah Pengawasan Pegarah Kesihatan Negeri Terengganu.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu telah bermula pada tahun 1946 dan di ketuai oleh Mr.C.C Renwick. Beliau telah diganti oleh Captain B.Moring pada akhir tahun 1946. Dari tahun 1947-1952, perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu telah dikendalikan oleh Mr.Harnad Singh Gill, Penolong Pegawai Veterinar yang dibantu oleh seorang atendan Haiwan, Dua kerani dan seorang pemandu. Perkhidmatan veterinar mula berkembang, pegawai-pegawai mula ditambah. Setelah negara mencapai kemerdekaan, seiring dengan pembangunan Infrastruktur Negara, Perkhidmatan Veteinar Negeri Terengganu juga turut berkembang pesat dengan menempatkan kakitangan yang terdiri dari anak tempatan dan juga pembukaan Perkhidmatan Veterinar Daerah.

Pegawai Veterinar anak malaysia pertama berkhidmat di Negeri Terengganu ialah Mr.Chong Sip Ngow b.Sc. MRCVS, DTVM yang berkhidmat mulai 7 hb September 1960 hingga 30 April 1962 bagi membolehkan Perkhidmatan Kesihatan Veterinar dan kawalan penyakit ternakan berjalan dengan berkesan, Perkhidmatan Veterinar Daerah dan pusat-pusat veterinar mula dibuka.

Pembangunan Perkhidmatan Veterinar Daerah dan tahun dimulakan:

  • Kuala Terengganu (1964) 
  • Besut (1954)
  • Hulu Terengganu (1962)
  • Kemaman (1964)
  • Dungun (1966)
  • Marang (1966)
  • Setiu (1985)

Sesuai dengan kehendak arus pembangunan masa kini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu bukan sahaja berfungsi mengawal penyakit ternakan dan Perkhidmatan Kesihatan Veterinar malah Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu kini memikul tugas mempastikan pengeluaran ternakan dan hasil ternakan dalam negeri yang produktif, ekonomi suci, halal dan mencukupi untuk keperluan rakyat Negeri Terengganu dalam harga yang setaraf dengan perkembangan ekonomi dan pendapatan rakyat. Bagi mempastikan matlamat di atas, Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu kini telah meluaskan perkhidmatannya dengan penubuhan pusat-pusat veterinar disemua daerah.

Dengan segala kemudahan dan infrastruktur yang terdapat adalah diharapan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu akan dapat ditingkatkan dan memberi manfaat kepada penternak-penternak diseluruh negeri.