• Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Veterinar

Perutusan Pengarah Veterinar

Ditulis pada .

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian pihak tuan/puan melayari Laman Web Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu . 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) terlibat memberi perkhidmatan dengan teras aktiviti di dalam aspek kesihatan dan kawalan penyakit haiwan, serta pembangunan komoditi ternakan. Perkhidmatan yang diberikan juga termasuk kepastian kualiti untuk produk-produk berasaskan ternakan serta penguatkuasaan undang-undang dan peraturan veterinar. DVS juga menyediakan perkhidmatan konsultansi dan bimbingan kepada bakal-bakal pengusaha ternakan.

Adalah diharapkan Laman Web Rasmi Jabatan ini dapat memberi kemudahan kepada pengunjung untuk mendapatkan maklumat berkenaan perkhidmatan yang disediakan serta maklumat terkini berkenaan aktiviti jabatan. Pihak jabatan mengalu-alukan maklumbalas dan pandangan yang membina bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan supaya produk daripada hasilan ternakan mencapai kualiti keselamatan makanan yang ditetapkan, dan kesejahteraan masyarakat dapat dipelihara melalui kawalan penyakit zoonotik dan haiwan kesayangan.

Selamat melayari Laman Web Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu .

Sekian. Wassalam.

 

DR. MOHD TERMIZI BIN GHAZALI

Pengarah

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu