• Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Veterinar

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PENDAPATAN PROJEK TERNAKAN DI BAWAH PROJEK PEMBASMIAN kEMISKINAN KEPADA PESERTA e-KASIH (ZON 3)

Ditulis pada .

 

 

 

 

Dataran Kaprima, Perkarangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu

Majlis yang telah dirasmikan oleh YB Dr. Azman bin Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komuditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu menyaksikan seramai 30 penerima dari Kuala Terengganu, 30 penerima dari daerah Kuala Nerus dan 30 penerima dari daerah Hulu Terengganu telah menerima sumbangan pendapatan dibawah Projek Pembasmian Kemiskinan ini. Program dan inisiatif yang dilaksanakan diharap sedikit sebanyak dapat membantu menjana keterlansungan pendapatan penerima.

YB Dr. Azman juga sempat menjalankan Penyerahan Semen Beku Lembu kepada kesemua Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah di negeri  Terengganu. Disasarkan dapat memberi manfaat kepada sejumlah 1300 penternak sekaligus meningkatkan pengeluaran dan kualiti lembu sado,pengagihan semen beku lembu sado adalah daripada baka Charilais, Limousine, Belgian Blue, dan Angus khususnya melalui  proses Permanian Beradas bagi Program Pembiakbakaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu.

Turut  hadir sama, En Mohd Saiful Anuar Bin Mohd Noor, Ketua Penolong Setiausaha Pembangunan Unit Perancang Ekonomi Negeri mewakili Pengarah UPEN.

Pihak Jabatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam melancarkan perjalanan majlis ini.