• Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Veterinar

PROGRAM PENYERAHAN BANTUAN MAKANAN TERNAKAN KEPADA PENTERNAK & MAKANAN HAIWAN KESAYANGAN KEPADA PERSATUAN HAIWAN KESAYANGAN BAGI PASCA BANJIR

Ditulis pada .

 

 

10 Januari 2023

Tempat  : Dataran Kaprima JPV Negeri Terengganu

YBrs. Dr. Anun binti Man, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu hadir bagi menyampaikan bantuan makanan ternakan serta makanan haiwan kesayangan yang dilaksanakan dalam Program Penyerahan Bantuan Makanan Ternakan Kepada Penternak & Makanan Haiwan Kesayangan Kepada Persatuan Haiwan Kesayangan Bagi Pasca Banjir bertempat di Dataran Kaprima, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu pada Jam 10.00 pagi hari ini.

Penyerahan bantuan makanan haiwan ternakan dijalankan kepada penternak yang terjejas di setiap daerah di negeri Terengganu manakala bantuan makanan haiwan kesayangan diserahkan kepada 3 Persatuan Haiwan Kesayangan di negeri ini iaitu; i)Pertubuhan Bantuan Haiwan Prihatin Malaysia (Besut), ii) Persatuan Haiwan Jalanan Abu Hurairah Terengganu (Abu Hurairah Initiative), dan iii) Persatuan Penyelamat Haiwan Terbiar Terengganu.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu mengucapkan ribuan terima kasih kepada FGV Holdings Berhad FGV Integrated Farming selaku rakan strategik JPV di atas sumbangan makanan ternakan dalam menjayakan misi bantuan banjir di Terengganu. Tidak lupa juga, penghargaan dan terima kasih kepada Lembaga Kebajikan Haiwan bagi komitmen Program CSR mengumpulkan sumbangan bantuan makanan haiwan kesayangan pasca banjir sebelum diagihkan kepada JPV Negeri khususnya Terengganu.

Semoga diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan semua penternak terjejas banjir untuk bangkit semula dan terus cekal dalam perusahaan masing-masing sekaligus memastikan keterjaminan makanan negara. Bagi Persatuan Haiwan Kesayangan di negeri ini, JPVNT sentiasa bersedia membantu sekiranya terdapat haiwan kesayangan yang cedera akibat bencana banjir agar kesihatan, penjagaan malah kebajikan haiwan kesayangan dapat terus dicakna.