• Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Veterinar

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2023

Ditulis pada .

 

12 Januari 2023

Temapt: Dataran Kaprima

Majlis dirasmikan oleh YBrs. Dr. Anun binti Man, Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu dalam suasana majlis yang agak berbeza serta lebih pengisian kali ini. Majlis tahunan ini merupakan satu platform kepada Pengarah JPVNT untuk menyampaikan amanat dan juga peluang untuk beramah mesra bersama warga kerja JPV di Terengganu. Majlis ini dihadiri oleh Pengarah VetEC Timur, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah, wakil Pegawai dari Penguatkuasa Veterinar Negeri Terengganu, wakil Pegawai dari Pusat PTH Tersat, wakil Pegawai dari Kompleks Abatoir Negeri Terengganu serta kakitangan JPVNT.

Antara intipati amanat yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Anun adalah; 1) Komitmen, kecekapan dan kerjasama setiap warga kerja JPVNT dalam penyampaian perkhidmatan perlu disusun selaras dengan matlamat Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 bagi mencapai kejayaan dan menekankan impak daripada projek-projek pembangunan yang telah dilaksanakan seiring dengan pemantauan berterusan projek tersebut, 2) Program pembangunan industri ternakan terus diberi fokus apabila Program Bantuan Input Penternakan Negeri Terengganu 2023 diberi peruntukan sebanyak RM 1 juta dengan peningkatan ketara berbanding RM 100,000 pada tahun 2022, 3) Perbancian/ Perangkaan bagi industri ternakan negeri yang berterusan supaya penyampaian perkhidmatan veterinar lebih efisien, holistik dan analitik dapat dijalankan, 4) Regulatori dan pengurusan aduan daripada pihak awam dijalankan dengan berhemah, 5) Program survelan dan kawalan penyakit, 6) Etika dan integriti kakitangan Jabatan dalam penyampaian perkhidmatan daripada segi skil komunikasi, akauntabiliti dan penampilan sebagai seorang penjawat awam.

Turut menjadi agenda Majlis ini adalah Penyampaian Sumbangan Bantuan Makanan Kepada Kakitangan JPVNT Terkesan Banjir, Sesi Memperkenalkan Kakitangan JPVNT Baharu, Senaman Kecergasan dan Gotong Royong Perdana.

Penghargaan & terima kasih diucapkan kepada warga kerja JPVNT yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam penyempurnaan Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 ini. Semoga Tahun 2023 menjadi awalan yang baik dan terus cemerlang kepada Jabatan.