• Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Veterinar

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-29 KESUVET

Ditulis pada .

 

Pada 29 Disember 2015 (Selasa), Kelab Sukan Dan Kebajikan Veterinar Negeri Terengganu (KESUVET) telah mengadakan menyuarat agung tahunan yang ke -29 di dataran Kaprima. Mesyuarat ini di hadiri ahli KESUVET seramai 98 orang yang bertujuan memilih jawatankuasa KESUVET yang baru pada tahun 2016.

 

 

MAJLIS CERAMAH MAULIDUR RASUL TAHUN 1437 H / 2015 M PERINGKAT DVS TERENGGANU:::

Ditulis pada .

 

 

Pada 29 Disember 2015, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu telah mengadakan majlis  ceramah sempena maulidur Rasul. Majlis ini di hadiri oleh semua kakitangan dari jabatan ini. Turut hadir adalah penceramah yang di undang khas iaitu Yang Berbahagia Ustaz Haji Shukri bin Ali. Di akhiri majlis ini, di harapakan semua kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar mendapat ilmu yang berguna dan menanamkan rasa cinta terhadap Nabi Muhammad S.A.W dengan mengikut segala sunnah yang telah di tinggalkan.

 

 

 

Majlis Perpisahan Pengarah Veterinar Terengganu

Ditulis pada .

Pada 28 Disember 2015, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu telah mengadakan majlis perpisahan Pengarah di jabatan ini  iaitu Dr.Abd Razak bin Mohd Zailan. Majlis ini diadakan bagi menghargai  jasa sepanjang beliau berkhidmat di Jabatan Veterinar. Seluruh warga Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas segala jasa dan sumbangan yang telah beliau  laksanakan.Seluruh warga Jabatan Veterinar merasai kehilangan seorang pengarah yang di segani dan di hormati. Majlis di akhiri dengan penyampaian cenderamata dari pelbagai pihak dan bersalaman dengan pengarah.