• Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Veterinar

Majlis Perpisahan Pengarah Veterinar Terengganu

Ditulis pada .

Pada 28 Disember 2015, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu telah mengadakan majlis perpisahan Pengarah di jabatan ini  iaitu Dr.Abd Razak bin Mohd Zailan. Majlis ini diadakan bagi menghargai  jasa sepanjang beliau berkhidmat di Jabatan Veterinar. Seluruh warga Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas segala jasa dan sumbangan yang telah beliau  laksanakan.Seluruh warga Jabatan Veterinar merasai kehilangan seorang pengarah yang di segani dan di hormati. Majlis di akhiri dengan penyampaian cenderamata dari pelbagai pihak dan bersalaman dengan pengarah.

 

 

Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Ditulis pada .

Pada 24 Disember 2015, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu telah menyertai Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang di adakan di Stadium Negeri Terengganu. Melalui majlis ini, ia  dapat mengeratkan hubungan sesama staf di jabatan ini.Tema Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini adalah "Perpaduan Nadi Transformasi Negara".

Majlis Perpisahan Staf Veterinar Marang

Ditulis pada .

Pada 22 Disember 2015, Pejabat Veterinar Daerah Marang telah mengadakan majlis perpisahan staf. Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa sepanjang En.Ayub bin Awin  menjadi warga veterinar.  Majlis ini  di akhiri dengan jamuan ringkas dan penyampaian  cenderamata oleh Pengarah Veterinar Negeri Terengganu, Dr.Abd Razak bin Mohd Zailan.