• Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Veterinar

Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah Kepada Pemenang Pertandingan Mr. & Ratu Lembu 2015

Ditulis pada .

Pada 23 November 2015, Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah mengadakan majlis penyampaian sijil kepada Mr Lembu & Ratu Lembu. Selain itu juga, terdapat juga majlis penyampaian sijil kepada pemenang Mr.Kambing dan Ratu Kambing. Majlis penyampaian sijil diadakan bagi meraikan pemenang yang  menyertai pertandingan Mr.Lembu dan Ratu lembu sempena sambutan hari peladang, penternak dan nelayan peringkat Negeri Terengganu bertempat di dataran Kuala Kemaman yang di adakan pada 17-21 September 2015.

Majlis ini dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan dan Perladangan Negeri, Nawi Mohamed. 

 

Lawatan Bermaklumat Lembah Ladang Boden Negeri Sembilan

Ditulis pada .

Pada 18- 20 November 2015, Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah mengadakan lawatan bermaklumat ke Lembah Ladang Boden dan Ladang Alam Warisan di Negeri Sembilan. Tujuan  lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai di jabatan ini berkaitan dengan cara pengurusan haiwan yang di laksanakan di tempat ini. Selain itu juga, ia dapat memberi pelbagai  maklumat yang berguna kepada semua pegawai dan sekaligus membantu memberikan idea untuk di praktikkan di Negeri Terengganu pula.

Majlis Mengacau Bubur Asyura

Ditulis pada .

Pada 9 November 2015, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu  telah menganjurkan program memasak bubur asyura. Program ini di sertai oleh semua kakitangan Jabatan Veterinar.Melalui  program ini, kakitangan jabatan veterinar dapat memupuk semangat kerjasama dan tolong menolong di antara satu sama lain. Melalui program ini juga, kakitangan dapat menjalinkan hubungan silaturahim yang lebih erat.