• Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Veterinar

PEMBUKAAN PASAR TERNAKAN

Ditulis pada .

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu telah membuka pasar ternakan hidup yang pertama di Malaysia bertempat di  Pusat Perkhidmatan Veterinar Manir bagi memberi peluang kepada penternak di negeri ini untuk memasarkan hasil ternakan dan produk ternakan mereka. Pasar ternakan ini beroperasi   pada setiap hari Jumaat dan Sabtu. 

Penubuhan pasar ternakan ini juga dapat membuka alternatif outlet pemasaran baru ternakan dan produk ternakan di mana penternak boleh memasarkan terus ternakan kepada pengguna. Dengan adanya pasar ternakan ini, dapat memberi peluang dan pilihan kepada pembeli mendapatkan ternakan hidup seperti lembu, kambing, ayam, itik dan lain-lain ternakan yang dibawa terus dari ladang. Para pengunjung boleh mendapatkan ternakan hidup dan produk dengan harga dan kualiti kompetitif. Selain daripada ternakan hidup, pembeli juga boleh mendapatkan hasilan daging lembu,daging kambing dan daging ayam yang segar di pasar tenakan ini. 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu membuka peluang kepada semua individu yang terlibat dalam industri penternakan di negeri ini untuk  memasarkan hasil ternakan atau produk  di pasar ternakan ini. Penternak yang berminat boleh berhubung dengan pihak urusetia yang telah dilantik oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu.

 

 

 

PROGRAM MESRA BERSAMA PENTERNAK

Ditulis pada .

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu telah mengadakan Program Mesra Bersama Penternak secara berkala sepanjang tahun. Program ini telah diadakan pada 31 Julai - 9 Ogos 2016. Program ini adalah bertujuan untuk mendekatkan golongan penternak dengan pihak jabatan. Program ini melibatkan Pegawai Veterinar dan semua kakitangan dari  seluruh Negeri Terengganu. Aktiviti yang terlibat semasa program ini  termasuklah ambulatori, pengembangan,regulatori, pemeriksaan kesihatan ternakan, menjalankan bancian, aktiviti ternikal dan lain-lain. 

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ,MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2015 & JASAMU DI KENANG

Ditulis pada .

Pada 19  Julai 2016 (Selasa), Jabatan Perkhimatan Veterinar Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Jasamu dikenang bertempat di dewan seminar dan sekitar perkarangan Jabatan Perkhimatan Veterinar Negeri Terengganu .Majlis ini di hadiri oleh orang ramai dan tetamu jemputan.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Jasamu dikenang  di sempurnakan oleh Pengarah Jabatan Perkhimatan Veterinar Negeri Terengganu, iaitu Dr.Mohd Termizi bin Ghazali. Seramai 20 orang kakitangan yang telah berkhidmat dengan cemerlang pada tahun 2015 telah diraikan  pada hari tersebut . Di majlis ini juga,seramai 14 orang kakitangan yang telah bersara turut di raikan bagi mengenang jasa dan perkhidmatan yang telah di berikan selama tempoh  berkhidmat.