Industri Asas Ternakan
FUNGSI DAN AKTIVITI UTAMA UNIT INDUSTRI ASAS TERNAKAN
- Membangun, Menyelaras dan Memantau Usahawan Industri Asas Tani Negeri Terengganu. Menyediakan Direktori Usahawan Produk Makanan dan Bukan Makanan dan Penyeliaaan Profil Usahawan Baru dan Lama.
- Menyediakan Data-data Asas Penglibatan Swasta Dalam Industri Asas Tani Negeri Terengganu. Menyediakan Laporan Kemajuan Usahawan (Success Story) dan Pembikinan Slaid Powerpoint dan CD Usahawan yang berjaya Dan Produk-Produk Industri Asas Tani.
- Membuat Demonstrasi Produk-Produk Industri Asas Tani Kepada Pengusaha, Menyediakan Direktori Halal, Mengadakan Seminar/Bengkel Usahawan Industri Asas Tani dan Mengatur Lawatan Kerja Kepada Pegawai Pembimbing Jabatan dan Pengusaha Industri Asas Tani.
- Menyelaras Permohonan Change Upgrade Product (CUP)
- Menyelaras Permohonan High Impact Project (HIP)
- Menyelaras Program Azam Tani
- Membuat Pemantauan Projek dan Menyediakan Laporan Kemajuan Semasa Negeri Terengganu.
- Menyelaras Permohonan Bantuan Tabung Amanah Ternakan Negeri Terengganu, Mengurus Perolehan dan Agihan Peralatan Kepada Penternak dan Membuat Pemantauan Keberkesanan Bantuan Tersebut (Produktiviti).